Assamualaikum dan Salam kerinduan.. ewah.. ewah
Lama tidak menulis di blog setelah selesai asignment.....hu,....keputusan exam dah dapat pun. Alhamdulillah walaupun tak cemerlang tapi.....lulus dengan jayanya...eh mcm riak dan perasan pulak.
Hari ni nak berkongsi pengalaman...tentang perjalanan ke key ell dengan menaiki komuter. Maklumlah dah agak lama tak naik komuter. Biasa pi key ell dengan lakiku tak pun dengan drebar tak bergaji s si miah dan si fatin. Hari nak jalan dengan dengan anak-anak terunaku....
Masa pi aku duduk kat coach wanita.. nak rasa pengalaman duduk bersama kaum sejenis. Teruja pulak rasanya..... tapi rasa teruja tenggelam timbul rasa menyampah tengok kaum pendatang ni suka-suka duduk kat coach wanita. Muka depa tak ada rasa malu dan bersalah pun.... selamba giler..... Makin sakit hati depa duduk sebelah kaum hawa pulak. Sindi rpun buat bangang je... Tapi memang bangang pun dia orang ni kalau pandai, depa tak datang merempat kat negaraku tercinta ini. Baik depa keje engener kat dekat negara depa kan.
Sampai kat BSS tukar naik LRT pulak.. Wah rasa terujaku timbul balik sebab tak pernah naik LRT. Sian aku. umur dah 43 baru rasa naik. Memang memalukan sebenarnya..... . Masa nak naik tren aku dah keliru nak naik arah mana.. sadis betul... Anak aku pi tanya.... dia kata kanan.. wah kanan nak pi sri petaling tapi aku nak pi sogo..... Haru betul
Naik tren okey je orang tak ramai.... siap sembang dengan minah saleh yang datang melancong. Peramah walaupun bahasa orang putih ku tunggang langgang. Nasib baik dia faham.... Masa kat jamek anak kau buat perangai muntah pulak dalam tren... wah betul... trajis... bau satu macam nasib baik orang tak ramai.... Sampai sogo pi toilet dulu.... aku cuci-cuci mata tengak hanbeg....Pokonan satu hanbeg LV. eh bukan....GL kalau x silap tapi harga mak datuk rm 700. Kirim salam aje.. duit cukup nak makan dan tambang balik. Lupa saja dunia semata-mata.
Syok -syok cuci mata ada orang cuit aku....mak jejaka yang aku tak kenali. Cakap dengan aku nak minta duit rm 27 motosikal rosak. Terkejut aku... aku tengok macam semacam je mamat ni terus aku cabut dengan anak terunaku pi kodai buku. Nak guna baucer buku I Malaysia. Terima kasih ye. Anak aku beli sebuah buku rm 80 hinggit lepas tu dia suruh mamanya guna baucer dia dan bayar balik kat dia guna cash money. wah bijak anak aku cari duit...Dia ketuk mak dia. Nasib baik anak aku...
Lepas tu aku pi makan kat Ani Sup Utara. Mak datuk sambal belacannya boleh tercabut nyawa dek kepedasannnya. Ngeri aku.... kang terberak-berak pulak anak aku dalam tren... cukup-cukup sudah terberak kat Padang Besar.Anak-anak aku ni suka cipta keajaiban... yang meloyakan nyawa aku..
Dalam perjalanan nak balik singgah kat sogo.... lepak jap tengak anak muda kita cari rezeki dengan menyanyi sambil memetik gitar kapak dan meniup seruling.Wah hebat... cari rezeki yang halal...Terhibur sekejap....nasib baik cepat insaf...terus blah balik...
Tiada Kata Seindah Bahasa
Thursday, 14 February 2013
Friday, 14 December 2012
TIPS ANAK SOLEHAH
Semoga anak-anakku dan anak-anak murid cikgu menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.
Assalamualaikum
Warahmatullah.
Saya ingin berkongsi tip
mendidik anak dari sahabat lama yang telah di amalkan dan alhamdulillah sahabat
berjaya mendidik anak2nya menjadi anak soleh dan solehah.
Jom amalkan 10 tip
dibawah ini bermula dari hari ini J
Sebenarnya diuji dalam
nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong,
bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa
dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.
1. Kalau tiba-tiba
teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat iyakanakbudu
waiyakanastain - yang ertinya hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU
pohon pertolongan, mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan
anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak
kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang
bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2. Pandang wajahnya
semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!.
Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan
ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.
3. Masa bangun solat
malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat
dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita
sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita
amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat
hajat untuknya.
4. Minta dikasihani.
Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia
tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan
merana di Alam Barzah nanti.
5. Peluklah anak selalu
walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura
ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak
sepertinya.
6. Maafkan anak Kita
setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri
mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa
lampau.
7. Yang paling penting
jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan
hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa
yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan
Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat
macam dramapun boleh .
8. Amalkan membaca ayat
40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam
golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat.
رَبِّ ٱجۡعَلۡنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِىۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَآءِ
[Wahai Tuhanku!
Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat
keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]
9. Selalu ingatkan anak
bahawa tak guna Ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika
tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi
pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.
10. Masa basuh beras
niatkan ya Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham
agamanya , ( kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama
boleh bawa ibubapanya juga ke neraka ) Sebagaimana engkau lembutkan beras ini
menjadi nasi. Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada
Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai ..dan ingat kepada
Allah sentiasa.
Thursday, 13 December 2012
TIPS PELAJAR CEMERLANG
35 TIPS MENJADI PELAJAR CEMERLANG OLEH DATUK DR. FADZILAH KAMSAH.
Berikut merupakan
petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah
Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
1.
Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat
dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2.
Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan
bahawa:
o
kita ingat 10% apa yang dibaca
o
kita ingat 20% apa yang didengar
o
kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
o
kita ingat 70% apa yang dicakapkan
o
kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3.
Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4.
Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja
rumah).
5.
Belajar dalam persekitaran kondusif.
o
pastikan cahaya adalah terang
o
kurangkan gangguan bunyi
o
tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat
belajar
o
tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
o
kerusi dan meja menghadap kiblat
o
jangan lupa untuk senyum
6.
Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari
rakan.
7.
Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu
belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat
dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang
difahami, dan jawab soalan.
8.
Tahu teknik merangsang memori:
o
memasukkan maklumat dalam memori (registration)
o
menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
o
mengingat kembali (recall)
o
menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain
(application)
9.
Sentiasa awal dan mendahului:
o
persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan
yang positif pada guru.
o
pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat
mengekalkan kejayaannya.
o
belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
o
untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2
kali sebelum guru mengajar.
10. Berbuat
baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
11. Mempunyai
teknik membaca yang betul:
o
duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
o
memberikan tumpuan sepanuhnya
o
menggunakan jari telunjuk untuk membaca
o
menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
12. Sentiasa
mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh &
malas.
13. Membaca
doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan
sebelum menghadapi peperiksaan.
14. Tidak
membuang masa dengan belajar ketika letih.
15. Mengadakan
rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
16. Belajar
mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological
clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu
sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca
al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
17. Mengulang
kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80%
selepas belajar).
18. Mengulang
kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
19. Tahu
mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
20. Mengulang
kaji pelajaran berulang-ulang kali.
21. Mengulang
kaji apabila mulai terlupa.
22. Tahu
petua mengulang kaji:
o
cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
o
siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
o
duduk tegak dikerusi yang selesa
o
baca doa penerang hati
o
baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
o
fikir dan ingat kembali isi utama
o
catat/lakar
o
semak semula ketepatan maklumat
o
ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
o
buat rumusan
o
jawab soalan
o
tampal maklumat yang rumit di dinding
o
baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
23. Tahu
memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat
khabar, melawat rakan dan sebagainya.
24. Tahu
petua-petua agar tidak lupa:
o
jangan makan kepala ikan
o
jangan makan organ dalaman
o
jangan minum semasa makan
o
jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
o
jangan melihat kemaluan
o
banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe,
tauhu dan lain-lain
o
banyakkan makan kismis, kurma dan madu
o
banyakkan makan kekacang
o
pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
o
jangan makan sehingga terlalu kenyang
o
jangan kencing berdiri
25. Tahu
kemahiran mengingat:
o
tampal nota-nota penting di dinding
o
tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau
rajah
o
gunakan kaedah akronim
o
reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
o
pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
26. Cekap
mengatur jadual belajar:
o
mempunyai jadual belajar
o
patuh kepada jadual
o
buat jadual yang boleh diikuti
27. Tidak
menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai
dorongan untuk belajar.
28. Cari
maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang
tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
29. Membina
kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara
dan topik untuk belajar.
30. Menggunakan
masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
31. Membawa
nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
32. Pelbagaikan
tempat belajar.
33. Menyedari
guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
34. Menjadikan
nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan
sebagainya.
35. Ciri-ciri
pelajar cemerlang:
o
taat kepada Allah
o
mendirikan sembahyang
o
menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
o
hormati & sayangi guru
o
bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai
kecemerlangan.
o
suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
o
membantu rakan yang memerlukan
o
berdoa dan bersyukur kepada Allah
o
sentiasa bertawakal
o
mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita
juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan
tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata
dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)