Koleksi Soalan

Kata adjektif.
 Pilih jawapan  yang paling sesuai.

1.  Jarak rumah Badrul terlalu _______ dari  pusat bandar.
     A. cantik
     B. jarang
     C. dalam
     D. jauh

2.  Agar-agar kopi yang dibuat oleh kakak sungguh ________.
    A. masam
    B. manis
    C. kelat
    D. pahit

3.  Wanita itu keturunan Melayu tetapi rambutnya ________seperti orang putih.
    A. hitam
    B. putih
    C. perang
    D. biru

4.  Puan Mina menanam pokok-pokok _______ di sekeliling rumahnya.
     A. nipis
     B. renek
     C. panjang
     D. lebar

5.   Bola pingpong itu telah __________ kerana dipijak oleh adik.
    A. kemik
    B. tinggi
    C. buncit
    D. kurus

6.  Encik Hussin pulang  __________ dari pejabat pada hari ini kerana beliau kurang sihat.
    A. deras
    B. awal
    C. segera
    D. lambat

7.  Pemuda yang buta itu nyaris dilanggar oleh sebuah motosikal yang dipandu dengan ________.
     A. kuat
     B. perlahan-lahan
     C. laju
     D. lambat

8.  Shamsul menyiapkan ujiannya dengan ________ dan cuai, oleh sebab itu dia gagal.
    A. gopoh
    B. baik
    C.  cermat
    D.  teliti

9.  Suara penyanyi itu agak ________ kerana dia menyanyi dengan tidak berhenti-henti.
   A. merdu
   B.  nyaring
   C. serak
   D. lunak

10. Puan Siti meletakkan sebuah meja yang _______ di satu sudut ruang tamu rumahnya.
    A.  buncit
    B. kempis
    C. kemik
    D. bulat

11.  Keadaan mangsa-mangsa keracunan makan di sekolah itu masih   _______.
    A. lemah
    B. layu
    C. sihat
    D. segar

12. Kanak-kanak ________ yang menari di atas pentas tadi adalah dari Tadika Indah.
    A. comel
    B. rupawan
    C. lawa
    D. anggun

13.  Berat badan Sarimah masih belum ________ walaupun dia sering mengurangkan makan dan bersenam.
    A. naik
    B. turun
    C. jatuh
    D. pulih

14.  Biskut di dalam tin yang tidak bertutup itu sudah tidak _____ lagi.
     A.  rapuh
     B. rangup
     C. garing
     D. getas

15  Banyak orang suka berkawan dengannya kerana sikapnya yang peramah _______.
    A. peramah
    B.  pengasih
    C. pemalu
    D.  penyayang

16.  Keadaan di dalam rumah itu _________ kerana tidak ada kipas angin dan pendingin udara.
    A. sejuk
    B. suram
    C. panas
    D. gelap

17.  Hatinya ______ kerana selalu diejek oleh budak-budak nakal itu.
   A. hangat
   B. risau
   C. gundah
   D. sedih

18.  Diman tidak dapat tidur _______ kerana asyik berfikir tentang bapanya yang sakit tenat.
    A.  lena
    B. ayam
    C. mati
    D. selesa

19.  Dawai elektrik menjadi _________ dalam cuaca yang panas.
   A. basah
   B. keras
   C. cair
   D. tegang

20.  Banyak pemuda yang terpikat akan gadis yang ______ itu.
    A. indah
    B. ayu
    C. modem
    D. tampan


Selamat mencuba.  Semoga berjaya.

No comments:

Post a Comment