Koleksi Soalan

Selamat Mencuba............

Pillih jawapan yang paling sesuai.


1.  Pertunjukkan itu diadakan untuk menghiburkan orang ramai ___________ mengutip derma.

     A.   lalu
     B.   kerana
     C.  dan
     D.  sambil

2. Tuan Idrus ialah usahawan yang berjaya _________ beliau tidak pernah meninggi diri.

     A.  tetapi
     B.   walhal
     C.  semenjak
     D.  agar

3.  Kami bercadang hendak bercuti ke Melaka ______ Johor Bahru pada musim cuti sekolah nanti.

    A.  jika
    B.   kecuali
    C.  atau
    D. sambil

4.  Ayuni lulus cemerlang dalam mata pelajaran Matematik _____Sains.

     A.  agar
     B. dan
     C. kerana
     D.  tetapi

5.  Barangan yang dijual di pasar raya itu bukan sahaja murah ________ berkualiti tinggi.

   A. malahan
   B. sejak
   C.  kerana
   D. walaupun

6.  Azman dituduh mengambil buku Hana, ______ bukan dia yang melakukannya.

    A. serta
    B.  sebab
    C. walhal
    D. kecuali

7.  Puan Zaiton memanaskan lauk-pauk yang tidak habis dimakan _______ tidak basi.

   A.  dan
   B.  namun
  C.   jikalau
  D.  agar

8.  Riduan tetap gembira  ______ dia  kalah dalam acara lumba lari.

   A.  walaupun
   B.  jika
   C.  agar.
   d.  tetapi

9.  Nora suka makan ulam mentah _______ Liza suka makan ulam yang dicelur.

  A.  supaya
  B.  agar
  C. serta
  D. manakala

10.Roslan dan kawannya berhenti bermain  ______petir dan kilat sabung menyabung.

   A. lalu
   B manakala
   C. tatkala
   D. semenjak

11.  Akhirnya, adik Ikmal cekap menunggang basikal ________ beberapa kali terjatuh.

   A.  serta
   B. setelah
   C. atau
   D. semenjak

12.  Dia mengangkat pakaian  _______ kasut yang telah kering  kerana hujan akan turun.

    A.  sambil
    B.  serta
    C. agar
    D.  walaupun

13.  Sarah merajuk apabila dimarahi ayahnya ______ mengurungkan diri di dalam biliknya.

   A. lalu
   B. dan
   C. sambil
   D. manakala

14.  ___________telah mempunyai lima orang anak, Pak Said masih bersemangat untuk melanjutkan       pelajaran.

  A. Sekiranya
  B. Sementara
  C. Sungguhpun
  D. Andai kata

15.Pak Taib menanam pokok pisang  ________ menunggu pokok kelapa sawaitnya mengeluarkan hasil.

  A.  supaya
  B.  selagi
  C . sementara
  D. kendatipun.

16.  Kerani itu meminta rakannya menggunakan  _______ pen hitam ______ pen biru.

   A.  sama ada ........ ataupun
   B.  bukan sahaja   ........malah
   C. walaupun.....atau
   D. daripada ........lebih baik

17.  _________ saya menunggunya,______ saya pulang ke rumah.

  A.  Daripada .........  ataupun
  B.  Daripada ......... lebih baik
  C.  Semakin........ lebih baik
  D.  Sungguhpun .....malah

18.  _________ Sulaiman gemuk,_______ dia sentiasa cergas.

  A.  Walaupun  ....... maka
  B.  Daripada ....... lebih baik
 C.  Sama ada ........ namun
 D.  Walaupun....... namun

19.   ___________rumah banglo mampu dimilikinya _______ sebuah kereta.

  A.  Bukan sahaja  ......... tetapi juga
  B. Sungguhpun........tetapi
  C.  Bukan sahaja........malah
  D.  Sedangkan.......inikan pula

20.  __________ terdapat banyak kemudahan pengangkutan di bandar, ________ sesetengah warga kota suka berjalan kaki sahaja.

  A.   Bukan sahaja....... tetapi juga
  B.   Bukan sahaja .... malah
  C.   Sungguhpun  ....... tetapi
  D.  Sunggguhpun...... namun


Teruskan lagi  usaha anda. Semoga berjaya.


   


Kata adjektif

Pilih jawapan yang paling tepat.

1. Jarak rumah Badrul terlalu___________ dari pusat bandar.
    A. cantik
    B. jarang
    C. dalam
    D. jauh

2.  Agar-agar kopi yang dibuat oleh kakak sungguh ________.

   A. masam
   B. manis
   C. kelat
   D. pahit

3.   Wanita itu keturunan Melayu tetapi rambutnya ________ seperti orang putih.

  A.  hitam
  B   putih
  C. perang
  D.  biru

4.  Bola pingpong itu telah _________ kerana dipijak oleh adik.

  A.  kemik
  B. tinggi
  C.  buncit
  D. kurus

5.  Encik Husin pulang _________ dari pejabat pada hari ini kerana beliau kurang sihat.

  A.  deras
  B. awal
  C. segera
  D. lambat

6.  Pak Mat meminta cucu lelakinya mengurut betisnya yang __________.

  A. keras
  B. tegang
  C. kejang
  D. tegar

7.  Biskut di dalam tin yang tidak bertutup itu sudah tidak ________ lagi.

  A. rapuh
  B. rangup
  C. garing
  D. getas

8.  Saya menziarahi rakan yang sakit ________ di hopital.

   A. tenat
   B. keras
   C. teruk
   D. berat

9.  Muka Nita kelihatan _________ selepas terkena kejutan elektrik.

   A.  pudar
   B. lenguh
   C. pucat
    D. lemah

10.  Walaupun baru berusia tiga tahun, Alia ________bercakap.

  A. mahir
  B. tangkas
  C. petah
  D. laju

Selamat mencuba. 



Isi tempat kosong dengan kata seru yang sesuai.


Wah                    Kasihan          Eh             Oh

Aduhai               Cis                  Nah       Amboi

Syabas                Aduh             


1.  ____________ , sakitnya tangan aku terpercik minyak!

2."____________, berani engkau mengkhianati aku!" marah ketua kumpulan  samseng itu.

3.____________, besarnya rumah engkau, macam istana!

4."___________,lambatnya bas sekolah datang!" keluh Nurul sendirian.

5._____________, lamanya engkau pergi ke tandas!

6. ______________,rupa-rupanya kamu yang mengekori aku!

7. ____________, pandainya adik Mimi mendeklamasikan sajak!

8. ____________,engkau berjaya mendapat 5A dalam UPSR!

9.____________,sampai hati mereka menderanya hingga teruk sekali!

10.___________, ambil barang-barang kamu yang menyemakkan bilik aku ini!





1 comment: