Semoga anak-anakku dan anak-anak murid cikgu menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.
Assalamualaikum
Warahmatullah.
Saya ingin berkongsi tip
mendidik anak dari sahabat lama yang telah di amalkan dan alhamdulillah sahabat
berjaya mendidik anak2nya menjadi anak soleh dan solehah.
Jom amalkan 10 tip
dibawah ini bermula dari hari ini J
Sebenarnya diuji dalam
nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong,
bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa
dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.
1. Kalau tiba-tiba
teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat iyakanakbudu
waiyakanastain - yang ertinya hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU
pohon pertolongan, mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan
anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak
kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang
bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2. Pandang wajahnya
semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!.
Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan
ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.
3. Masa bangun solat
malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat
dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita
sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita
amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat
hajat untuknya.
4. Minta dikasihani.
Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia
tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan
merana di Alam Barzah nanti.
5. Peluklah anak selalu
walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura
ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak
sepertinya.
6. Maafkan anak Kita
setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri
mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa
lampau.
7. Yang paling penting
jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan
hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa
yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan
Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat
macam dramapun boleh .
8. Amalkan membaca ayat
40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam
golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat.
رَبِّ ٱجۡعَلۡنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِىۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَآءِ
[Wahai Tuhanku!
Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat
keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]
9. Selalu ingatkan anak
bahawa tak guna Ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika
tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi
pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.
10. Masa basuh beras
niatkan ya Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham
agamanya , ( kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama
boleh bawa ibubapanya juga ke neraka ) Sebagaimana engkau lembutkan beras ini
menjadi nasi. Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada
Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai ..dan ingat kepada
Allah sentiasa.