Wednesday, 12 December 2012

SIMPULAN BAHASA

1.   Abu Dajal
    * orang yang mempunyai sikap atau perangai jahat.

2.  Ada hati
    * ingin akan sesuatu

3.  Ajak-ajak ayam
   * pelawaan yang tidak bersungguh-sungguh.

4.  Akal kancil
    * tipu daya  atau muslihat yang licik

5.  Alas perut
    * makan sedikit untuk menghilangkan rasa lapar.

6.  Anak dagang
    * orang yang merantau

7.  Anak emas
    *  orang yang disayangi

8.Atas angin
  * negara-negara sebelah barat

9.Atas pagar
  * berkecuali,tidak menyebelahi mana-mana pihak.

10. Bahasa pasar
  *bahasa percakapan sehari-hari

11. Banting tulang
   *  bekerja keras

12.  Bau-bau bacang
   * hubungan persaudaraan yang jauh.

13.  Bendera putih
     *  menyerah atau mengaku kalah

14.Bawah angin
   *  negara-negara sebelah timur

15.Berat sebelah
   * tidak adil

16. Berpeluk tubuh.
   * tidak membuat apa-apa kerja

17. Bidan terjun
   * menggantikan seseorang pada saat-saat terakhir

18.Buah pena
    *hasil karya

19.Bunga dedap
  * perempuan yang cantik tetapi perangai buruk.

20.Cakap angin
  * percakapan yang tidak berfaedah

21.Cakar ayam
  * tulisan yang sukar dibaca

22.Cari jalan
  * berusaha menyelesaikan masalah

23.Dalam tangan
  * pasti dapat atau dalam genggaman

24.Gaji buta
   * menerima gaji tanpa bekerja.

25.Gelap mata
  * lupa diri akibat pengaruh dengan wang atau harta

26.Harga mati
  * harga tetap/tidak dapat ditawar lagi

27.Hidung tinggi
   * sombong

28. Ikat perut
  * menahan lapar kerana berjimat.

29. Jalan buntu
   * tidak ada penyelesaian

30.Jejak langkah
   * mengikut contoh seseorang.

No comments:

Post a Comment