Wednesday, 12 December 2012

PENANDA WACANA


Penanda Wacana
- rangkaikata yang digunakan untuk menghasilkan karangan yang baik dan teratur.
-menghubungkan  satu ayat dengan ayat yang lain, suatu isi dengan isi yang lain dan suatu idea dengan idea yang saling berkaitan.
-juga sering digunakan apabila memulakan perenggan yang baru.
-apabila dua ayat digabungkan dengan penanda wacana yang sesuai, ayat itu akan menjadi lebih lancar dan sempurna  serta mempunyai pertalian yang idea.
-Penanda wacana boleh dibahagikan kepada beberapa kategori mengikut fungsinya.

a.Menunjukan pertentangan maklumat:

Penanda Wacana
                                   Ayat Contoh
bagaimanapun
Ibu menangis teresak-esak.Bagaimanapun, tangisannya reda setelah dipujuk kakak.
biarpun demikian
Sani gagal dalam perlumbaan itu. Biarpun demikian, dia tidak berputus asa.
meskipun
Hanis tidak berganjak dari situ meskipun telah diarahkan pulang.
meskipun demikian
Puan Kartini telah mendapatkan rawatan di hospital pakar. Meskipun demikian, penyakitnya masih tidak sembuh.
namun
Tati menjerit meminta tolong. Namun tiada siapa-siapa yang mendengar jeritannya.
namun begitu
Suhaila memang murid yang pintar. Namun begitu, dia jarang membantu rakannya yang lemah dalam pelajaran.
sebaliknya
Yasir tidak ke sekolah. Sebaliknya, dia melepak di pusat permainan video.
sungguhpun demikian
Kami daripada keluarga yang miskin. Sungguhpun demikian, kami tidak pernah meminta belas ihsan daripada orang lain.
walau bagaimanapun
Jalan itu agak sunyi. Walau bagaimanapun, itulah satu-satunya jalan untuk ke banglo Tuan Kassim.
walaupun demikian
Budin kuat makan. Walaupun demikian, badannya tetap kurus.



b. Menunjukkan sesuatu yang kian bertambah atau bersamaan:

Penanda Wacana
                                     Ayat Contoh
lagipun
 Banyak suri rumah berbelanja di pasar raya itu kerana terdapat pelbagai jenis barang. Lagipun, harganya murah.
lebih-lebih lagi
Saya tidak dapat melihat dengan jelas, lebih-lebih lagi pada waktu malam.
malah
Nur Hasanah mendapat tawaran belajar di London. Malah perbelanjaannya pun akan ditanggung oleh kerajaan negeri.
tambah lagi/tambahan pula
Danial suka menonton dokumentari, tambahan lagi yang berkaitan dengan haiwan.


c. Menunjukkan akibat atau kesimpulan:

Penanda Wacana
                           Ayat Contoh
akhir kata
Sekian sahaja kandungan warkah saya. Akhir kata, semoga kita dapat berjumpa lagi.
akhirnya
Pasukan itu tidak bermain dengan bersungguh. Akhirnya mereka kalah.
dengan itu
Nazri kurang aktif dalam kokurikulum. Dengan itu, dia tidak terpilih sebagai murid cemerlang.
jadi
Celian tidak sihat. Jadi, dia tidak hadir ke sekolah hari ini.
justeru
Peperiksaan kian hampir. Justeru , perlu lebih tekun belajar.
kalau begitu
Nampaknya kamu sudah sihat. Kalau begitu, kamu boleh pulang hari ini.
lantaran itu
Badrul selalu ponteng.  Lantaran itu, bapanya telah dipanggil oleh pihak sekolah.
malangnya
Kami telah cuba menghubungi ayahnya. Malangnya, tiada jawapan.
oleh itu/oleh sebab itu
Ibu bapa saya tiada di rumah. Oleh itu, saya tidak boleh keluar bermain.
semenjak itu/sejak itu
Bapanya meninggal dunia beberapa bulan yang lalu. Semenjak itu, dia sering murung.



d)  Menunjukkan sesuatu yang berikutnya:

Penanda Wacana
                       Ayat Contoh
kemudian
 Mula-mula masukkan tepung gandum. Kemudian, masukkan sebiji telur.
lepas itu/selepas itu
Bibik mengemas rumah. Lepas itu, Bibik memasak hidangan tengah hari.
selanjutnya
Guru Besar menyampaikan ucapan alu-aluan. Selanjutnya, beliau merasmikan majlis tersebut.



e) Menunjukkan masa yang sama atau pada masa itu.


Penanda Wacana
                    Ayat Contoh
dalam pada itu
Mak Jah mengambil upah menjahit pakaian. Dalam pada itu, dia juga ,menjual kuih.
di samping itu
Fazil seorang yang peramah.  Di samping itu, dia mudah mesra dan suka bergaul.
selain itu
Membaca buku menambahkan pengetahuan. Selain itu, membaca buku juga dapat mengis masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
sebelum itu
Ayah akan ke Kedah sebentar lagi. Sebelum itu, dia memastikan kenderaannya berfungsi dengan baik.

1 comment: