Wednesday, 12 December 2012

BIDALAN

 Bidalan:

-perkataan yang mempunyai pengertian tertentu di sebalik kelompok kata yang diberikan.
-kelompok kata-kata tersebut adalah berkaitan dengan sikap dan tingkah laku manusia.
-bidalan biasanya mengandungi kata-kata nasihat,     pengajaran dan teladan.

  1.  ada gula ada semut
      * apabila ada sumber rezeki, akan banyaklah orang berkumpul di situ.

  2.  alah bisa tegal biasa
      * perkerjaan yang susah atau sukar akan menjadi senang apabila selalu dilakukan.

  3.  alang-alang mandi biar basah
      * membuat sesuatu pekerjaan itu biarlah hingga selesai.

  4.  bagaimana acuan begitulah kuihnya
     * sesuatu itu menurut asalnya;anak menurut baka ibu bapanya.

  5.  bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru.
     * sesuatu kesalahan yang besar tidak akan dapat diselindung.

 6.  belakang parang diasah lagikan tajam
     *  orang yang bodoh akan menjadi pandai jika selalu belajar.

 7. bertemu buku dengan ruas
    * seseorang yang bertemu atau berlawan dengan lawan yang sama gagah dan kuatnya.

 8.  cubit paha kanan, paha kiri terasa sakit juga
    * seseorang yang melakukan keburukan atau kesusahan terhadap ahli keluargannya sendiri akan merasa 
      susahnya juga.

 9. diam penggali berkarat
    * ilmu yang disimpan sahaja lama-kelamaan akan hilang.

10. enggang lalu ranting patah
    * sesuatu peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba.

11.genggam bara api biar sampai menjadi arang
    * apabila melakukan pekerjaaan yang sukar kita hendaklah tekun dan sabar sehingga berjaya.

12.gunting dalam lipatan
    * musuh atau pengkhianat dalam kalangan sahabat atau saudara mara kita yang kita tidak ketahuai.

13. indah khabar dari rupa
     *perkhabaran tentang sesuatu yang lebih indah daripada keadaan yang sebenarnya.

14.jauhari sahaja yang mengenal manikam
   * orang yang bijaksana juga yang mengetahuai kebaikan dan ketinggian seseorang.

15. jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
    * jika kita tidak bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan, kita tidak akan berjaya.

16.lempar batu sembunyi tangan
    * orang yang membuat sesuatu kesalahan tetapi berdiam diri seolah-olah tidak melakukannya.

17. marahkan nyamuk kelambu dibakar
     * kerana marahkan seseorang, harta sendiri dimusnahkan.

18. melentur buluh biarlah daripada rebungnya
    * mendidik seseorang itu dengan perkara baik biarlah ketika masih kecil lagi.

19. melepaskan batuk ditangga
    * membuat  sesuatu pekerjaan sambil lewa, tidak bersungguh-sungguh.

20.membuka pekung di dada
    * sengaja mencari malu diri sendiri

21. musuh dalam selimut
    * musuh dalam kalangan kita sendiri yang tidak diketahuai.

22.nasi sudah menjadi bubur
    * perbuatan atau keterlanjuran yang tidak dapat dibaiki atau dikesali.

23. orang mengantuk disorongkan bantal
   * seseorang yang beroleh sesuatu yang diingini.

24. pelanduk dua serupa
   *dua orang yang serupa benar

25. pukul anak sindir menantu
    * memarahi seseorang dengan tujuan memarahi orang lain.

26. ringan mulut berat tulang
   * sesiapa yang rajin berusaha akan mendapat rezeki yang banyak.

27. ringan tulang berat perut
   * sesiapa yang rajin  bekerja dan berusaha akan mendapat rezeki yang banyak.

28. rumah siap pahat berbunyi
     * bersungut tentang sesuatu yang sudah siap atau telah diputuskan.

29. sambil menyelam minum air
    * dua pekerjaan yang dilakukan dalam satu masa

30. sarang tebuan jangan dijolok
     * jangan sesekali mencari bahaya.

31. sebab nila setitik rosak susu sebelanga
   * kerana kejahatan yang sedikit, semua kebaikan dilupakan. 

32.sediakan payung sebelum hujan
    * sentiasa beringat-ingat sebelum mendapat kesusahan.

33.seekor kerbau membawa lumpur, semuanya turut  terpalit
   * seseorang yang melakukan kesalahan , orang lain pun terlibat sama.

34. sudah jatuh ditimpa tangga
    * seseorang yang ditimpa kesusahan  yang berturut-turut.

35. sudah terang lagi bersuluh
    * bertanya sesuatu yang sudah diketahuai.

36.telunjuk lurus kelengkeng berkait
    * orang yang kelihatan baik tetapi sebenarnya tidak

37.tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
    * sesuatu perkara tidak akan berlaku sekiranya tidak ada bantuan atau  kerjasama daripada pihak lain.

38. tiada rotan akar pun  berguna
    * sekiranya tiada yang baik, yang kurang baik pun boleh digunakan.

39. ukur baju di badan sendiri
    * apabila melakukan sesuatu biarlah mengikut kemampuan sendiri

40.ular menyusur akar tidak hilang bisanya
    * kemuliaan atau kekayaan seseorang tidak akan hilang walaupun bergaul dengan orang bawahan.
     

4 comments: