Friday, 14 December 2012

TIPS ANAK SOLEHAH


Semoga anak-anakku dan anak-anak murid cikgu menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.



Assalamualaikum Warahmatullah.
Saya ingin berkongsi tip mendidik anak dari sahabat lama yang telah di amalkan dan alhamdulillah sahabat berjaya mendidik anak2nya menjadi anak soleh dan solehah.
Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini J
Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat iyakanakbudu waiyakanastain - yang ertinya hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan, mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat.
رَبِّ ٱجۡعَلۡنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى‌ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَآءِ
[Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna Ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan ya Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya , ( kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka ) Sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi. Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai ..dan ingat kepada Allah sentiasa.

Thursday, 13 December 2012

TIPS PELAJAR CEMERLANG

 35 TIPS MENJADI  PELAJAR CEMERLANG OLEH DATUK DR. FADZILAH KAMSAH.


Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
1.      Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2.    Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
o    kita ingat 10% apa yang dibaca
o    kita ingat 20% apa yang didengar
o    kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
o    kita ingat 70% apa yang dicakapkan
o    kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3.    Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4.    Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
5.    Belajar dalam persekitaran kondusif.
o    pastikan cahaya adalah terang
o    kurangkan gangguan bunyi
o    tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
o    tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
o    kerusi dan meja menghadap kiblat
o    jangan lupa untuk senyum
6.    Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
7.    Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
8.    Tahu teknik merangsang memori:
o    memasukkan maklumat dalam memori (registration)
o    menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
o    mengingat kembali (recall)
o    menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
9.    Sentiasa awal dan mendahului:
o    persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
o    pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
o    belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
o    untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
10.  Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
11.  Mempunyai teknik membaca yang betul:
o    duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
o    memberikan tumpuan sepanuhnya
o    menggunakan jari telunjuk untuk membaca
o    menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
12.  Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
13.  Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
14.  Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
15.  Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
16.  Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
17.  Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
18.  Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
19.  Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
20.  Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
21.  Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
22.  Tahu petua mengulang kaji:
o    cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
o    siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
o    duduk tegak dikerusi yang selesa
o    baca doa penerang hati
o    baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
o    fikir dan ingat kembali isi utama
o    catat/lakar
o    semak semula ketepatan maklumat
o    ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
o    buat rumusan
o    jawab soalan
o    tampal maklumat yang rumit di dinding
o    baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
23.  Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
24.  Tahu petua-petua agar tidak lupa:
o    jangan makan kepala ikan
o    jangan makan organ dalaman
o    jangan minum semasa makan
o    jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
o    jangan melihat kemaluan
o    banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
o    banyakkan makan kismis, kurma dan madu
o    banyakkan makan kekacang
o    pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
o    jangan makan sehingga terlalu kenyang
o    jangan kencing berdiri
25.  Tahu kemahiran mengingat:
o    tampal nota-nota penting di dinding
o    tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
o    gunakan kaedah akronim
o    reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
o    pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
26.  Cekap mengatur jadual belajar:
o    mempunyai jadual belajar
o    patuh kepada jadual
o    buat jadual yang boleh diikuti
27.  Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
28.  Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
29.  Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
30.  Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
31.  Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
32.  Pelbagaikan tempat belajar.
33.  Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
34.  Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
35.  Ciri-ciri pelajar cemerlang:
o    taat kepada Allah
o    mendirikan sembahyang
o    menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
o    hormati & sayangi guru
o    bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
o    suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
o    membantu rakan yang memerlukan
o    berdoa dan bersyukur kepada Allah
o    sentiasa bertawakal
o    mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)


PANTUN MELAYU

Pantun:

Pantun satu ungkapan yang tidak asing dalam masyarakat Melayu. Saban hari kita mendengar pantun. Kini terlalu banyak jumlah lagu yang terakam dalam bentuk cd, vcd, kaset yang secara langsung memanfaatkan pantun sebagai seni katanya.

Pantun juga menjadi langgam utama dalam dendangan rakyat seperti yang terdapat dalam Boria, Dondang Sayang, Dikir Barat dan beberapa bentuk nyanyian rakyat. Malah mutakhir ini, pada nasyid yang dianggap sebagai bersifat keagamaan itu pun terdapat pantun yang digunakan dengan meluas sekali.

Selain pada nyanyian dan dendangan rakyat , pantun juga digunakan secara formal dalam majlis pinang-meminang dan majlis nikah-kahwin. Pantun juga digunakan sebagai hiasan dan bunga bahasa juru-juru acara majlis sering menggunakan satu atau dua rangkap pantun.  Malah ada pemidato atau pun pembicara umum yang membuka dan menutup pidato atau pun ucapan dengan pantun.Begitulah mesra pantun dalam masyarakat.

Pantun  dapat dibahagikan kepada tujuh bentuk: pantun dua baris, pantun empat baris, pantun enam baris,
pantun lapan baris, pantun sepuluh baris, pantun 12 baris, pantun 14 baris, pantun 16 baris.Bagaimanapun, umumnya pantun dibahagikan kepada empat:
  
     1. Pantun dua baris - yang dikenali juga sebagai Pameo 
     2. Pantun empat baris - kwatrain
     3. Pantun yang lebih daripada empat baris
     4. Pantun berkait.

Selain itu juga, satu lagi pembahagian pantun Melayu boleh dibuat  mengikut tema atau persoalan. Walaupun agak rumit sedikit lantaran seserangkap pantun itu tidak jelas temanya. Namun pembahagian mengikut tema ini dapat dibuat ke dalam sebelas bahagian seperti berikut:

     1.  pantun adat dan resam manusia
     2.  pantun agama dan kepercayaan
     3.  pantun budi
     4.  pantun jenaka dan permainan
     5.  pantun teka-teki
     6.  pantun kepahlawanan
     7.  pantun pendidikan  dan nasihat
     8.  pantun peribahasa dan perbilangan
     9.  pantun kias dan ibarat
   10.  pantun kembara dan perantauan
   12. pantun percintaan

 1. Contoh: Pantun Adat dan Resam Manusia.

    Banyak udang banyak garam,
    Banyak orang banyak ragam.

    Lain dulang lain kakinya,
    Lain orang lain hatinya.
  
    Lebat daun bunga tanjung,
        Berbaju harum bunga cempaka,
    Adat dijaga pusaka dijunjung,
       Baru terpelihara adat pusaka.

   Anak Cina bertimbang madat,
        Dari Makasar langsung ke Deli,
   Hidup di dunia biar beradat,
        Bahasa tidak terjual beli.

2.  Contoh : Pantun Agama dan Kepercayaan

       Banyak bulan perkara bulan,
            Tidak semulia bulan puasa,
       Banyak Tuhan perkara Tuhan,
            Tidak semulia Tuhan Yang Esa.

     Bunga kenanga di atas kubur,
          Sayang selasih burung angkasa,
      Apa guna sombong takbur,
          Akhir badan rosak binasa.

     Jangan diraba sarang lebah,
        Lebah beribu berani mati,
     Jangan cuba hendak bermegah,
        Kerana itu perkara keji

3.  Contoh :Pantun Budi

       Ada ubi ada batas,
       Ada budi ada balas.

       Lemak tidak manis pun tidak,
            Gula Melaka dari seberang,
       Beremak tidak beribu tidak,
            Kerana jasa dikenang orang.

      Burung serindit terbang melayang,
          Singgah hinggap di ranting mati,
      Duit ringgit dipandang orang,
           Jarang dipandang bahasa budi.

4.  Contoh :Pantun Jenaka dan Permainan.

      Kura-kura  atas perahu,
      Pura-pura tidak tahu.

      Susu lemak manis,
          Santan kelapa muda,
      Adik jangan nangis,
           Emak banyak kerja.
     
     Lang, lang mudik,
         Lang mudik sambar ayam,
     Di mana kampunga adik,
         Balik  sana reban ayam.

5.  Contoh: Pantun Teka-teki

       Kalau tuan muda teruna,
           Pakai seluar dengan gayanya,
       Kalau tuan bijak laksana,
           Biji di luar apa buahnya?

     Budak-budak ramai di pekan,
         Hari raya bakar petas,
     Kalau tuan pandai berkias,
        Apakah buah gugur ke atas?

     Burung nuri burung dara,
         Terbang ke sisi taman kayangan,
    Cubalah cari wahai saudara,
         Makin diisi makin ringan.

6.   Contoh: Pantun Kepahlawanan

        Apa guna kepuk di ladang?
             Kalau tidak berisi padi,
        Apa guna berambut panjang?
             Kalau tidak berani mati.

       Hang Jebat Hang Kasturi,
            Budak-budak Raja Melaka,
       Jika hendak jangan dicuri,
            Mari kita bertentang mata.

      Cahaya malam gilang-gemilang,
           Kerana disinar bulan purnama,
       Gajah mati meninggalkan tulang,
            Manusia mati meninggalkan nama.

7.  Contoh : Pantun Nasihat dan Pendidikan.

        Siakap sinohong gelama ikan duri,
        Bercakap bohong lama-lama mencuri.

        Banyak orang pergi menjala,
             Menjala udang di dalam parit,
        Jagalah diri jangan tercela,
              Rosak nama bangsa tercalit.

       Ikan keli ikan haruan,
          Ikan jalai ikan toman,
       Jangan sekali dijadikan,
           Sahabat handai batu loncatan.

8.  Contoh : Pantun Peribahasa dan Perbilangan
        
       Ayam sabung jangan ditambat,
            Jika ditambat alah laganya,
       Asam di gunung ikan di tebat,
            Dalam belanga bertemu juga.

       Ikan haruan memakan anak,
           Anak mati ditelan bulat,
       Biar mati anak,
           Jangan mati adat.

      Hendak belayar di Teluk Betong,
           Sambil mencuba labuhkan pukat,
      Bulat air kerana pembetung,
           Bulat manusia kerana muafakat.


9.  Contoh :  Pantun Kias dan Ibarat

      Dari Benta ke Pulau Rusa,
          Singgah makan di Pahang Tua,
     Ada masa ada ketika,
          Ular lidi menelan naga.

       Ramai orang di pasar Melayu,
           Membeli sambal dengan kelapa,
      Jangan menjual golok kayu,
         Indah khabar dari rupa.

      Ayam hutan terbang ke hutan,
          Turun ke tanah mencari makan,
      Leka memikat burung hutan,
         Burung di rumah mati tak makan.

10.  Contoh: Pantun Kembara dan Perantauan

        Pucuk pauh delima batu,
            Anak sembilang di tapak tangan,
        Biar jauh di negeri satu,
            Hilang di mata, di hati jangan.

        Ke pekan yang sekali,
            Entah membeli entah tidak,
        Berjalan yang sekali ini,
            Entah kembali entah tidak.

        Datuk Keramat pulau seberang,
            Di bawah pohon kayu  capa,
        Jimat-jimat di rantau orang,
            Bukannya tempat ibu bapa.

11. Contoh:  Pantun Percintaan

        Apa guna pasang pelita,
             Jika tidak dengan sumbunya,
        Apa guna bermain mata,
             Kalau tidak dengan sungguhnya?

         Dari mana punai melayang?
             Dari paya turun ke padi,
         Dari mana datangnya sayang?
             Dari mata turun ke hati.

        Jika roboh kota Melaka,
           Papan di Jawa saya berikan,
        Jika sungguh bagai dikata,
           Badan dan nyawa saya berikan.



Rujukan:  KUMPULAN PANTUN MELAYU
               Zainal Abidin  Bakar (DBP)